Saturday, October 4, 2008

LUQMAN AL-HAKIM

"Hai anakku ! apabila engkau berpuasa, maka berpuasalah sekadar yang dapat menghentikan nafsu shahwatmu , agar engkau tidak letih dari menunaikan solat yang lebih besar daripada puasa. Kerana puasa itu disyarakkan untuk mendidik akhlak serta meringankan dari gelombang nafsu syahwat dan ianya adalah senaman berbentuk ruhani. Manakala, solat adalah untuk mengislahkan jiwa yang merupakan tempat penginapan bagi setiap kejahatan serta punca bagi setiap keinginan jahat . Tidak ada hamba Allah yang lebih dimurkai di sisiNya daripada hawa nafsu.

No comments: