Wednesday, December 31, 2008

KATA AHLI HIKMAH

Kekayaan bukanlan satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan, oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.

Tuesday, December 30, 2008

KATA AHLI FIKIR

Menulis berjilid-jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.

Monday, December 29, 2008

KATA AHLI HIKMAH

Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa , tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

Sunday, December 28, 2008

KATA AHLI HIKMAH

Harta akan habis digunakan tanpa ilmu , tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.

Saturday, December 27, 2008

KATA AHLI FIKIR

Seorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong.

Friday, December 26, 2008

KATA AHLI HIKMAH

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam . Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

Thursday, December 25, 2008

KATA AHLI FIKIR

Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.

Tuesday, December 23, 2008

KATA AHLI FIKIR

Jangan menghina barang yang kecil , kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.

Thursday, December 18, 2008

KATA AHLI HIKMAH

Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

Saturday, December 13, 2008

KATA AHLI FIKIR

Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

Tuesday, December 2, 2008

KATA AHLI HIKMAH

Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

Monday, December 1, 2008

KATA AHLI HIKMAH

Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan.
hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun . Bila-bila masa ia akan pecah.

Friday, November 28, 2008

KATA AHLI FIKIR

Lidah yang panjang tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

Wednesday, November 26, 2008

KATA AHLI FIKIR

Hati yang terluka umpama besi bengkok , walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asal.

Tuesday, November 25, 2008

KATA AHLI HIKMAH

Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

Monday, November 24, 2008

KATA AHLI HIKMAH

Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama

Friday, November 21, 2008

KATA AHLI HIKMAH

Kesyukuran itu ialah agar kita tidak melakukan maksiat kepada Allah Ta'ala dengan nikmat-nikmatNya

Thursday, November 20, 2008

KATA AHLI HIKMAH

Barangsiapa yang meninggalkan percakapan yang lebih-lebih, akan dikurniakan dengan kebijaksanaan.

Wednesday, November 19, 2008

KATA AHLI FIKIR

Janganlah menangguh akan perkara-perkara ke atas manusia apa yang mereka janjikan.

Tuesday, November 18, 2008

KATA AHLI HIKMAH

Sesungguhnya setiap sesuatu itu , mempunyai hak di sisi Allah.

Friday, November 14, 2008

KATA AHLI FIKIR

Janganlah engkau biarkan sangkaan buruk itu menguasai dirimu.

Thursday, November 13, 2008

LUQMAN AL HAKIM

Berkata Luqman; "Hai anakku ! Janganlah engkau melewat-lewatkan taubat. Kerana sesungguhnya, kematian itu datang dengan sekelip mata."

Tuesday, November 11, 2008

KATA AHLI HIKMAH

Barangsiapa yang menyembunyikan rahsianya, nescaya segala kebaikan berada di dalam tangannya.

Monday, November 10, 2008

AHLI FIKIR

Hidup tak selalunya indah , yang indah itu hidup penuh bermakna.

Sunday, November 9, 2008

KATA AHLI HIKMAH

Bersabarlah ,.
Di atas apa yang menimpa dirimu,
kerana yang demikian itu
menuntut kepastian yang kukuh darimu
dalam setiap kejadian dan urusan.

Friday, November 7, 2008

KATA AHLI HIKMAH

Taatlah engkau kepada Allah , kerana sesungguhnya barang siapa yang mentaati Allah , maka cukuplah Dia sebagai Penghibur di atas apa yang dirisaukan.

Thursday, November 6, 2008

KATA AHLI HIKMAH

Orang-orang yang menganggur bukanlah daripada golongan yang bijaksana.

Tuesday, November 4, 2008

KESYUKURAN

Kesyukuran itu ialah agar jangan kita melihat ada sekutu di dalam segala nikmatNya

Monday, November 3, 2008

KATA AHLI HIKMAH

Tuturkanlah perkataan yang baik dan hiasilah wajahmu dengan kecerian

SAF DALAM SOLAT

Sunday, November 2, 2008

KASIH DAN KEBENCIAN

Tidaklah kasih sayangmu itu keterlaluan dan tidak pula kebencianmu itu membinasakan

Saturday, November 1, 2008

KEYAKINAN

Keyakinan adalah faktor kepada pendeknya impian harapan.

Friday, October 31, 2008

PEKERJAAN

Awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum.

Tuesday, October 28, 2008

LUQMAN AL HAKIM

Hai anak,ku!...
andainya terdapat sebutir biji sawi
terpendam di dalam batu,
pasti ketahuan jua
oleh Tuhanmu Yang Maha Melihat
maka Allah Ta'ala
Amat Mengetahui segala sesuatu,
Lahir maupun batin
atau apa yang engkau sembunyikan
di dalam dadamu..
Dia memerhatikan dirimu
dalam kepekatan malam yang kelam,
semasa engkau bersolat
ataupun tidur lena

di belakang tabir dalam istana.

Friday, October 24, 2008

PADAMKAN API DOSA DENGAN AIR MATA

Orang yang berakal haruslah mewaspadai akibat yang ditimbulkan oleh kemaksiatan. Sebab , api kemaksiatan itu terpendam di dalam abu.
Hukuman yang diperkirakan akan dijatuhkan jauh di kemudian hari tiba-tiba ditimpakan. Akan tetapi ada juga yang dijatuhkan lebih awal. Kerana itu , langkah untuk memadamkan api dosa harus segera diambil. Bukan sebarang air yang mampu memadamkannya , selain air mata.

Thursday, October 23, 2008

BAIK AKHLAK

Telah berkata Luqman :" Hai anakku! Jauhilah engkau dari bercakap bohong dan berakhlak buruk , kerana barangsiapa yang berbohong , lenyaplah air mukanya , dan buruk akhlaknya banyak dukacitanya. Mengangkat batu-batan dari tempatnya , adalah lebih mudah dari memahamkan apa yang tidak difahami."

Tuesday, October 21, 2008

Saturday, October 11, 2008

MENJAUHI KEMARAHAN

Berhati-hatilah engkau dari kemarahan yang amat sangat , maka sesungguhnya kemarahan yang amat sangat itu dibenci oleh hati-hati yang bijaksana.

Friday, October 10, 2008

HIKMAH

"Hikmah adalah mengetahui urusan agama dan beramal dengannya."

Thursday, October 9, 2008

WASPADA

Berkata Luqman : " Hai anakku ! Berwaspadalah engkau dari sifat malas dan engkau berbuat bising , kerana sekiranya engkau malas engkau tidak dapat menunaikan yang hak dan apabila engkau berbuat bising engkau tidak dapat bersabar di atas yang hak."

Wednesday, October 8, 2008

SEDERHANA

Ali bin Abi Thalib r.a. , berkata ; " Kasihilah kekasihmu sekadar cuma , kerana mungkin sekali ia akan bertukar menjadi orang yang engkau benci pada suatu hari nanti dan marahlan orang yang engkau benci sekadar cuma , kerana mungkin sekali ia akan bertukar menjadi orang yang engkau sayangi sutu hari nanti."

Tuesday, October 7, 2008

AMAL BAKTI

Abu Sulaiman Ad Darani berkata :" Orang yang berniat membersihkan diri dari segala perbuatan dosa dan jahat , maka Allah akan membantu membersihkannya ( untuknya ) . Sedangkan terhadap orang-orang yang sentiasa menyengsarakan diri sendiri , maka Allah juga akan menyengsarakan diri mereka. Orang yang berbuat baik pada suatu malam , maka ia akan mendapatkan balasan kebaikan pada siang harinya . Demikian juga bagi siapa yang berbuat baik pada siang harinya , nescaya ia akan mendapatkan balasan kebaikan pada malam harinya."

Monday, October 6, 2008

BERSYUKUR

Al-Allamah Al-Alusi pernah berkata " Bersyukur; adalah perkataan yang terhimpun didalamnya kebahgiaan dunia dan akhirat, kerana seorang hamba telah menukarkan kesemua nikmat yang telah diberikan Allah kepadanya dengan apa yang diciptakan kerananya."

Sunday, October 5, 2008

PESAN BISTARI

Janganlah engkau inginkan kasih sayang orang yang jahil , kerana dia beranggapan engkau meredhai dengan perbuatannya.

Janganlah engkau bersikap terlalu manis , nescaya engkau akan ditelan dan jangan pula terlalu pahit, nescaya engkau akan diluahkan keluar.

Saturday, October 4, 2008

LUQMAN AL-HAKIM

"Hai anakku ! apabila engkau berpuasa, maka berpuasalah sekadar yang dapat menghentikan nafsu shahwatmu , agar engkau tidak letih dari menunaikan solat yang lebih besar daripada puasa. Kerana puasa itu disyarakkan untuk mendidik akhlak serta meringankan dari gelombang nafsu syahwat dan ianya adalah senaman berbentuk ruhani. Manakala, solat adalah untuk mengislahkan jiwa yang merupakan tempat penginapan bagi setiap kejahatan serta punca bagi setiap keinginan jahat . Tidak ada hamba Allah yang lebih dimurkai di sisiNya daripada hawa nafsu.

Friday, October 3, 2008

LUQMAN AL-HAKIM

"Hai anakku ! Sekiranya datang kepadamu suatu puak , maka lemparkanlah kepada mereka dengan anak panah Islam, iaitu memberikan salam, kemudian duduklah ditepi mereka , maka janganlah engkau bercakap sehingga percakapan mereka dipenuhi dengan mengingati Allah dan saat itu , engkau tundakanlah ucapan salam (perpisahan)mu itu dan sekiranya percakapan mereka dipenuhi dengan perkara yang lain dari itu, maka berpalinglah engkau dari mereka kepada orang lain."

PESAN BISTARI

Barangsiapa yang melihat-lihat akan keaiban diri , dia tidak akan peduli keaiban orang lain

Thursday, October 2, 2008

PESAN BISTARI

Hormatilah perkataan sendiri , kerana di situlah letaknya penghormatan orang kepada kita

AHLI FIKIR

Pengetahuan dan kebijaksanaan itu berbeza peranannya , satu menjadi alat mencari sara hidup ,yang satu lagi mencari erti hidup.

Wednesday, October 1, 2008

PESAN BISTARI

Ketika senang , rakan taulan mengenali siapa kita .
Ketika susah , kita mengenali siapa rakan taulan.

ILMU

Sabda Nabi S.A.W yang Ertinya :
"Hendaklah engkau menasihati para manusia dengan ilmu, agar engkau dapat hidup; Janganlah engkau menjauhi cerdik cendekia."

"Siapa memindahkan ( mengajarkan ) ilmu , maka ia hidup dan tidak akan mati selamanya ."

Thursday, August 21, 2008

Asal usul manusia ( Adam ) .

Firman Allah : Tiadakah mereka memperhatikan , bagaimana Allah memulai kejadian ...........


S.29 A 19.


Katakanlah : berjalanlah kamu dimuka bumi, lalu perhatikanlah bagaimana Alllah memulai kejadian ................... S29.A 20.



Dari ayat tersebut jelas bahawa permulaan kejadian manusia adalah dari bumi bukan sebagaimana yang disangkakan selama ini asal mula manusia ( Adam ) dari syurga. Jannah yang dimaksudkan taman itu adalah beertempat di bumi.



Firman Allah : ( Ingatlah ) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat : sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah diatas bumi ( Adam ........... S.2,A 30.



Firman Allah : Wahai manusia jika kamu meragui hari kebangkitan ( maka ingatlah ) Kami menciptamu dari tanah ................. S.22,A 5.

Assalammualaikum....

Salam kepada semua..

Apa yang dinanti sudah tiba.. Kemunculan blog pertama dari saya. Blog ini diasaskan oleh hasil pembelajaran , pemerhatian dan pembacaan serta pengalaman saya.Ia berkisar kepada dua aspek hala tuju hidup kita iaitu agama dan budaya .

Diharapkan hasil nukilan saya ini dapat dibahaskan secara bernas dan ilmiah.... untuk memudahkan orang ramai mengetahui nilai sesuatu amalan.

Semoga dalam mencari kebenaran kita sentiasa memohon petunjuk dari Allah

AMIN.