Wednesday, December 31, 2008

KATA AHLI HIKMAH

Kekayaan bukanlan satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan, oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.

Tuesday, December 30, 2008

KATA AHLI FIKIR

Menulis berjilid-jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.

Monday, December 29, 2008

KATA AHLI HIKMAH

Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa , tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

Sunday, December 28, 2008

KATA AHLI HIKMAH

Harta akan habis digunakan tanpa ilmu , tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.

Saturday, December 27, 2008

KATA AHLI FIKIR

Seorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong.

Friday, December 26, 2008

KATA AHLI HIKMAH

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam . Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

Thursday, December 25, 2008

KATA AHLI FIKIR

Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.

Tuesday, December 23, 2008

KATA AHLI FIKIR

Jangan menghina barang yang kecil , kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.

Thursday, December 18, 2008

KATA AHLI HIKMAH

Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

Saturday, December 13, 2008

KATA AHLI FIKIR

Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

Tuesday, December 2, 2008

KATA AHLI HIKMAH

Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

Monday, December 1, 2008

KATA AHLI HIKMAH

Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan.
hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun . Bila-bila masa ia akan pecah.