Wednesday, December 16, 2009

Al- kitab

"Kekuatan akan menjadi sempurna dalam kelemahan".

Tuesday, December 8, 2009

Taubat

Padamkan api dosa dengan air mata penyesalan

Thursday, December 3, 2009

Kata Penyair

Dunia penuh dengan banyak hal , saya yakin seharusnya kita semua bahagia seperti raja

Wednesday, December 2, 2009

Pepatah kuno

"Kau tidak boleh mencegah burung terbang di udara di atas kepalamu , tapi kau tidak perlu membiarkannya bersarang di rambutmu."

Tuesday, December 1, 2009

bahagia

"Hidup bahagia terkandung dalam fikiran yang tenang" .

Monday, November 30, 2009

Kata Bistari

Lupakanlah kegagalan kemarin dan rasa takut terhadap hari esok . Anggap saja semuanya tidak ada ! fikirkanlah hari ini dan capailah sesuatu yang berharga.

Sunday, November 29, 2009

Kata Penyair

Kehadiran fikiran dan keberanian dalam kesedihan , melebihi angkatan perang untuk merebut keberhasilan

Friday, November 27, 2009

Bila memilih , pilihlah yang seadanya , bila memberi , berilah yang terbaik dan bila mengharap janganlah mengharap setinggi gunung.

Monday, February 23, 2009

motivasi

Utamakan kehidupan yang anda lalui daripada memikirkan orang lain , kerana kita sendiri yang tentukan arah tujuan , kebahgian yang diingini dan mencari peluang untuk berjaya .

Thursday, January 22, 2009

Kehidupan

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi .
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa.
Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu
.

Wednesday, January 21, 2009

kejujuran

Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

Tuesday, January 20, 2009

kebiasaan

Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.

Monday, January 19, 2009

ingatlah

Ingatlah sabar itu iman , duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.

Sunday, January 18, 2009

Menjalani Kehidupan

Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain , janganlah hidup seperti duri mencucuk dan menyakiti orang lain.

Saturday, January 17, 2009

Cemerlang

Kecemerlangan adalah hasil dari sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.

Friday, January 16, 2009

BALASAN

Jika kejahatan dibalas kejahatan, maka itu ialah dendam.
Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa.
Jika kebaikan dibalas kejahatan , itu adalah zalim.
Jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.

Thursday, January 15, 2009

KATA AHLI HIKMAH

Sahabat:
1. Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.
2. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.
3. Sahabat sejati menjadi pendorong impian.
4. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Wednesday, January 14, 2009

KATA AHLI FIKIR

Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam mengharungi cabaran hidup.

Tuesday, January 13, 2009

KATA AHLI FIKIR

Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata , seribu bahasa. Tetapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan.

Monday, January 12, 2009

KATA AHLI FIKIR

Wanita yang cantik tanpa peribadi mulia , umpama kaca mata yang bersinar-sinar , tetapi tidak melihat apa-apa.

Thursday, January 8, 2009

KATA AHLI FIKIR

Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi.

Tuesday, January 6, 2009

KATA AHLI FIKIR

Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pasti mendatang

Monday, January 5, 2009

KATA AHLI FIKIR

Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya . Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

Saturday, January 3, 2009

KATA AHLI FIKIR

Hidup memerlukan pengorbanan . Pengerbonan memerlukan perjuangan . Perjuangan memerlukan ketabahan . Ketabahan memerlukan keyakinan . Keyakinan pula menentukan kejayaan . Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Friday, January 2, 2009

KATA AHLI HIKMAH

Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh . Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

Thursday, January 1, 2009

KATA AHLI FIKIR

Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran ,jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.